Skip to main content

Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!


Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.
Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama.
“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”
Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?
Daun Ketapang
Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
Ebay fees : $0.58
Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541
Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!
Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?
Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya.
Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.
Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.
Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

Tongkat Ali
Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.
1 oz = 28.35 gram
Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.
Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8
Modal pos : $1.8
Jualan 1 oz : $9.95
Customer bayar pos : $2.55
Yuran ebay : $1.25
Yuran paypal : $0.66
Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54
Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16! 
Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda. 🙂
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!
Selamat mencuba!
*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
shadow-ornament
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
✔ eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
3. RM497
✔ Bengkel Ebay Intelligence
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.

Comments

Popular posts from this blog

7 Jenis Barang Yang Terjual di Ebay Setiap 10 Saat!

Salam hormat, apa khabar? Terima kasih kerana sudi follow artikel-artikel saya.. InsyaAllah saya akan terus berkongsi di blog ini tentang potensi perniagaan di ebay. Saya tahu, ada mata-mata yang kurang senang apabila saya berkongsi bisnes ebay ini terutamanya barang apa yang dijual. Di mana saya kongsi secara terbuka kerana ini akan menambah pesaing di ebay oleh seller yang sama. Tapi prinsip saya mudah. Rezeki ni Allah yang bagi, bukan boss yang bagi, bukan kawan anda yang bagi dan bukan makhluk Allah yang bagi. Makhluk Allah itu hanyalah perantara sahaja untuk menyampaikan rezeki kepada setiap hambaNYA. Sama juga seperti bisnes di ebay. Bisnes di ebay ini adalah perantara (platform) sebagai marketplace yang berpotensi untuk mendapatkan rezeki sampingan anda. Ok berbalik pada topik asal, Anda tau apa barang yang laris terjual di ebay dalam masa kurang 10 saat ini? Ini faktanya: Jam tangan terjual di ebay setiap 3 saat Smartphone terjual di ebay set...

7 Contoh Makanan Malaysia Yang Anda Boleh Jual Di Ebay!

Assalamualaikum  Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan antara barang-barang makanan yang mungkin anda tak jangka di Ebay pun boleh dijual! Bukan satu bukan dua.. tapi ada yang sampai dah beratus-ratus unit! Apa barang tu? Saya selalu di tanya oleh ramai orang nak jual apa kat ebay ni! Sebenarnya semua barang boleh dijual. Yang penting anda take action! Jom tengok antara barang yang mudah untuk anda dapat di kedai-kedai runcit atau disekeliling anda. Jajan/ junk food Super Ring Nampak tak? Dah lebih 15 unit terjual! Jual super ring ni jer dah bagi seller ni sales sebanyak 310.5 usd bersamaan dengan RM1387! Anda pun mesti pernah makan jajan ni kan? Saya pun suka jajan ni… Tapi jangan lupa, mat salleh pun teringin nak makan jajan lejen ni. So apa lagi? Supply la. Try jual. Insyaallah ada rezeki, pasti ada pembeli. Orang lain boleh jual kenapa tidak anda? Tea Boh Cameron Biasa nampak tak teh ni?  Berapa harga teh ni? Tak sam...